105 pelajar papar kreativiti dalam pertandingan, tingkat penggunaan bahasa Melayu
Berita Harian noted on the event Bisikan Pena. The event aims to increase the use of the Malay language among Singaporean youth and foster awareness of social issues in the Malay community through poetry and short stories. A total of 105 students from 20 secondary schools, junior colleges and polytechnics have written their creative works in the form of poems or short stories in a competition organized by the Malay Language Association of the National University of Singapore. For the short story contest, the students learned from Dr Sa'eda Buang, a writer who has won several awards and is also Assistant Head (Malay) and Senior Lecturer at the Asian Language and Culture Academic Group, National Institute of Education, Nanyang Technological University.

Dinamakan Bisikan Pena, ia bertujuan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan belia Singapura dan memupuk kesedaran tentang isu sosial dalam masyarakat Melayu melalui karya puisi dan cerpen.
Tema tahun ini, Pencarian Jati, menggalakkan para peserta untuk mendalami identiti mereka melalui introspeksi.
Pada Sabtu, Bisikan Pena mengadakan acara sayembaranya di Perpustakaan Daerah Woodlands, yang dihadiri tetamu terhormat Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.
Kagum akan usaha Bisikan Pena, beliau berkata:
"Kita semua perlu bekerjasama untuk memupuk minat dalam bahasa Melayu serta melahirkan generasi yang aktif, kreatif dan kritis."
Menurut PBMUKS, para peserta sebelum ini diperlukan menghadiri bengkel sebelum menulis karya mereka.
Untuk peraduan cerpen, para pelajar telah menimba ilmu daripada Dr Sa'eda Buang, penulis yang telah memenangi beberapa anugerah dan juga Penolong Ketua (Melayu) merangkap Pensyarah Kanan di Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang.
Bagi peraduan puisi - merangkumi pantun, sajak dan syair - peserta menghadiri bengkel penulisan dan penyampaian oleh Encik Shahril Samri, pengasas bagi kumpulan hobi yang dinamakan Pantunism, bagi kategori A dan Cik Asnida Daud, seorang Pakar Kanan di Kementerian Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, bagi kategori B.
Karya cerpen dinilai oleh Cik Khairiah Amin dari WidzStudio, manakala puisi dinilai Cik Annaliza Bakri dan Encik Farihan Bahron dari Unggun Creative.
Pemenang Naib Juara bagi puisi kategori B dan juga Pemuisi Harapan, Arina Hadirah Suhardi, 16 tahun, berkata walaupun beliau tidak fasih dalam sastera dari segi struktur, rakan-rakan banyak memberi tunjuk ajar dan mereka banyak berlatih selepas sekolah.
"Peraduan ini sangat membantu dari segi pendedahan kerana saya sendiri tidak begitu selesa berbahasa Melayu dan lebih fasih berbahasa Inggeris. Saya berharap dapat sertai lebih banyak (pertandingan seperti ini) pada masa depan," ujar pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu.
Read the original article on Berita Harian.
Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction.




