Published on 03 Apr 2023

Program ‘Rentas Pantas’ kembali secara fizikal

Asian Languages & Cultures' Malay division held the first physical Rantas Pertas after two years of virtual programme. The Rantas Pertas was held for the fifth year aims to foster a sense of love and interest in Malay culture and language among elementary and secondary school students. A total of 101 students from 11 elementary schools and seven high schools have taken part in this year's program with the theme 'Preserving Malay Arts, Upholding the Glorious Age'.

Using a fun and interactive approach, students are taken on a journey to learn about various aspects of language and culture through interesting activities carried out to test their minds.

With the elements of stationary games, students, among other things, need to hone their creativity to navigate each station where they will also be exposed to Malay proverbs and vocabulary.

Continuing with these activity, students are expected to be able to imbue art and enthusiasm as Malays.

SELEPAS dua tahun dikendalikan secara maya dek pandemik Covid-19, program tahunan Rentas Pantas kini sekali lagi diadakan di luar bilik darjah secara fizikal.

Program kendalian Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (Perbayu) Universiti Teknologi Nanyang/Institut Pendidikan Nasional (NTU/NIE) yang diadakan buat tahun kelima bertujuan memupuk rasa cinta dan minat terhadap budaya dan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Seramai 101 pelajar dari 11 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam program tahun ini yang bertemakan 'Melestarikan Seni Kemelayuan, Menjunjung Zaman Kegemilangan'.

Program Rentas Pantas ini telah dijalankan selama dua minggu berturut-turut pada Sabtu, 4 Mac bagi peringkat sekolah rendah dan 11 Mac bagi peringkat sekolah menengah.

Menggunakan pendekatan yang menyeronokkan serta interaktif, pelajar dibawa dalam satu perjalanan mengenali pelbagai aspek bahasa dan budaya menerusi kegiatan-kegiatan menarik yang dijalankan bagi menguji minda mereka.

Berunsurkan permainan berstesen, para pelajar antara lain perlu mengasah daya kreativiti mereka bagi mengharungi setiap stesen di mana mereka juga akan didedahkan kepada peribahasa dan kosa kata Melayu.

Sebagai contoh, di stesen pertama, yang dikenali sebagai 'Habiskan Ayat', pelajar perlu menonton sebuah video pendek yang dipetik daripada filem karya seniman agung, Allahyarham P. Ramlee, Bujang Lapok.

Mereka kemudian perlu meneliti skrip dan menggantikan sepuluh perkataan dengan kata seerti/seiras. Selepas melakukan sedemikian, para pelajar perlu melakonkan kembali bab itu dengan skrip baru.

Menurut penganjur, stesen ini bukan sahaja mendedahkan para pelajar kepada filem P. Ramlee, tetapi juga menguji aspek bahasa mereka dari segi kata seerti/seeiras.

Pada akhir acara, para pelajar dari setiap sekolah turut diajak untuk melakukan persembahan ringkas. Antara persembahan yang dipersembahkan oleh para pelajar ialah tarian, silat dan dikir barat.

Menerus kegiatan ini, para pelajar diharapkan dapat menjiwai seni dan semangat sebagai orang Melayu.

Setiap sekolah telah dinilai dan juara bagi peringkat sekolah rendah jatuh kepada Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, manakala Sekolah Menengah Commonwealth dinobat sebagai juara peringkat sekolah menengah.

Meluahkan harapannya, Ketua program Rentas Pantas tahun ini, Cik Nadya Farah Zaidi, berkata:

"Harapan saya ialah untuk para pelajar mengalami bahasa dan budaya Melayu secara spontan dan berunsur gamifikasi (penggunaan elemen permainan).

"Saya berharap ia dapat memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang kami jumpa pada tahun ini.

"Satu momen yang tidak dapat saya lupakan ialah melihat para pelajar bersungguh-sungguh untuk mencuba permainan-permainan yang telah kami sediakan dengan gigih untuk mereka. Saya semestinya tidak boleh melupakan senyuman-senyuman di muka para pelajar."

Program ini turut mendapat galakkan dan kata-kata positif dari pelajar serta guru-guru.

Guru sekolah Woodlands Ring, Cikgu Zulhafiz Zainal, berpendapat kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan dalam program Rentas Pantas ini sangat menarik dan bersesuaian dengan tahap para pelajar.

"Bagi saya, itu penting. Apabila para pelajar melakukan aktiviti-aktiviti, saya dapat melihat yang mereka benar-benar gembira dan belajar pada masa yang sama.

"Konsep acara ini juga menarik. Dalam istilah Inggeris, 'fresh concepts' (konsep segar). Saya berharap kegiatan seperti ini dapat dijalankan lagi bagi tahun-tahun akan datang," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Manjusri, Muhammad Syazwandy, pula berkata:

"Saya merasakan ini peluang yang bagus dan menyeronokkan untuk kami. Ini adalah satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan."

Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction.

Media coverage