Published on 12 Sep 2025

Hari Guru masa renung, junjung warisan pendidik Melayu progresif, Ariff Ahmad

Hari Guru juga merupakan detik bagi para guru sendiri merenung dan menilai semula falsafah pegangan mereka selama ini sebagai penyampai ilmu.

Sambil membelek-belek kad-kad ucapan terima kasih dan mengemas hadiah-hadiah yang ikhlas diberi para pelajar, setiap guru pasti mengimbau detik-detik pahit manis perjalanan mereka sebagai seorang pendidik.

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Pantun klasik di atas merupakan peringatan bahawa pencarian ilmu secara sambil lewa, tanpa mengesahkan sumber ilmu yang benar-benar bertauliah dan berpengetahuan, hanya akan menghasilkan pembelajaran yang separuh masak.

Proses berguru dengan seseorang, terutama bagi orang-orang dewasa yang mencari ilmu secara berdikari, perlu dilakukan dengan penuh teliti. Bergurulah dengan yang benar-benar tahu.

Carilah mereka yang kaya dengan pengetahuan yang sah dan diyakini, lalu nikmatilah setiap detik pembelajaran.

“Hidup pohon biar berbuah, hidup manusia biar berfaedah.”

Mutiara kata yang diungkapkan oleh Allahyarham Pendeta Dr Haji Muhammad Ariff Ahmad (MAS) atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ariff dalam program radio Mestika Pusaka (1988) ini amat sesuai dijadikan renungan sempena Hari Guru.

Ungkapan tersebut sarat dengan falsafah mendalam.

Sepertimana pohon yang baik akan menghasilkan buah yang memberi manfaat kepada manusia, demikian juga manusia yang hidupnya haruslah menyumbang jasa, menabur budi dan mendatangkan faedah kepada masyarakat sekelilingnya.

Kesemua ini merupakan ciri-ciri pemikiran progresif dalam pendidikan yang dicontohkan dengan baik oleh Cikgu Ariff.

Pastinya, tujuan pembelajaran bukan hanya untuk kejayaan peribadi, tetapi juga bagi mempersiapkan diri kita untuk memberi sumbangan kepada orang lain, sebagai tanggungjawab kita menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Cikgu Ariff menolak pandangan sempit bahawa ilmu berkenaan bahasa mahupun Sastera Melayu hanya berupa nostalgia yang sekadar perlu dikenang dan dianggap sebagai perhiasan semata-mata.

Sebaliknya, ilmu baginya ialah alat transformasi sosial.

Cikgu Ariff sering mengingatkan bahawa bahasa dan sastera Melayu harus kekal relevan dengan zaman, meskipun akar tradisinya perlu dipelihara.

Beliau mengharungi perjalanan luas sebagai pelajar, guru, penulis, budayawan, dan aktivis.

Ternyata, mahaguru ini, merupakan contoh kewibawaan seorang manusia Melayu progresif yang berakal budi, bercita-cita tinggi, sering mendahagakan ilmu, bersifat ihsan dan rendah hati.

Setelah beliau bersara sebagai guru, Cikgu Ariff menyatakan bahawa beliau akan terus mendidik, selagi waras fikirannya.

Bagi beliau, seorang guru sejati tidak akan pernah berhenti mengajar kerana tugas guru itu adalah amanah yang dipegang sepanjang hayat.

Pelestarian Tradisi Pemikiran MAS

Warisan MAS kini terus hidup dalam pelbagai bentuk.

Koleksi manuskrip dan karya beliau dipamerkan di Pusat Kajian dan Sumber MAS di perpustakaan Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Ia sarat diisi pelbagai artifak bersejarah milik Cikgu Ariff dan meliputi manuskrip, dokumen, buku-buku, foto dan pelbagai barangan peribadi yang berharga kepada beliau.

Biasiswa Dana MAS, kelolaan Bahagian Bahasa dan Budaya Melayu NIE, juga dianugerahkan kepada calon-calon Doktor Falsafah (PhD) dan sarjana, baik dalam bahasa dan budaya Melayu, mahupun Pengajian Melayu.

Terkini, penubuhan Kursi MAS dalam Pengajian Melayu atau ‘Dr Muhammad Ariff Ahmad Professorship in Malay Studies di NIE/NTU’ merupakan satu mercu tanda penting dalam sejarah pendidikan tinggi, bukan sahaja di Singapura, malah di peringkat antarabangsa.

Para profesor yang menyandang Kursi MAS merupakan ilmuwan yang diiktiraf di peringkat dunia akademik, dalam bidang Pengajian Melayu.

Pada 9 Oktober ini, NIE/NTU akan menerima kunjungan Profesor Arndt Graf, seorang sarjana terkemuka dari Universiti Goethe, Frankfurt, sebagai penyandang pertama Kursi MAS.

Beliau merupakan antara sarjana Eropah yang masih tekun meneliti bahasa, budaya dan sastera Melayu.

Kedatangan Profesor Graf merupakan satu pengiktirafan besar bagi bidang Pengajian Melayu di Singapura.

Kuliah umum beliau yang bakal disampaikan pada petang Khamis, 9 Oktober, di The Pod, di Perpustakaan Negara (NLB), dari 5 hingga 7 malam, pastinya satu peluang keemasan untuk masyarakat Melayu yang lebih luas mendekati lagi dunia Pengajian Melayu dan bertentang mata dengan seorang tokoh ilmu yang disegani.

Pembukaan kuliah ini kepada seluruh lapisan masyarakat selari dengan prinsip Cikgu Ariff tentang pencarian ilmu sepanjang hayat, iaitu setiap insan harus sentiasa digalakkan untuk berfikir dan menuntut ilmu.

Tajuk kuliah Profesor Graf – Melestarikan Warisan, Membina Masa Depan: Menelusuri Peranan Pengajian Melayu Sebagai Jambatan Komuniti Melalui Lensa Pemikiran MAS – juga mengiktiraf legasi ilmu yang ditinggalkan Cikgu Ariff.

Kuliah ini bukan sahaja satu acara akademik, tetapi lambang kesinambungan pencarian ilmu tentang bahasa, budaya dan sastera Melayu yang bukan sekadar milik masyarakat Melayu tempatan, tetapi layak mendapat perhatian di pentas antarabangsa.

Pelantikan Profesor Graf sebagai penyandang pertama Kursi MAS membuktikan bahawa warisan pemikiran Cikgu Ariff terus hidup, merentasi generasi dan sempadan.

Hari Guru: Menyulam Refleksi, Menyemai Harapan

Dalam semangat yang sama, sambutan Hari Guru harus dilihat lebih daripada acara tahunan bagi tujuan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kita pada masa ini.

Ia juga merupakan ruang refleksi bagi kita memikirkan sejauh manakah kita, sebagai anggota masyarakat Melayu Singapura, menghargai jasa guru-guru Melayu perintis seperti Allahyarham Cikgu Ariff, Allahyarham Cikgu Suratman Markasan, Allahyarham Cikgu Mohamed Latiff Mohamed, Cikgu Sidek Saniff, Dr Kamsiah Abdullah, Profesor Emeritus Hadijah Rahmat dan ramai lagi.

Kita harus menyambung legasi mereka dengan terus mengejar ilmu dan menikmati pembelajaran bahasa, budaya dan sastera Melayu sepanjang hayat.

Untuk benar-benar menyambung perjuangan mereka, kita harus giatkan penyelidikan, penerbitan dan pemerkasaan pengajian Melayu di tahap antarabangsa.

Ilmu yang dituntut dan dikembangkan bukan sekadar membezakan antara kebenaran dengan kepalsuan, malah melaluinya, masyarakat kita akan terus dipimpin oleh kebijaksanaan, dihormati pandangannya, dan diteladani ramai.

Kedatangan Profesor Graf adalah peluang untuk kita bersama-sama meraikan semangat pencarian ilmu.

Ayuhlah kita mendengar, berdialog dan menceduk ilmu daripada tokoh terkemuka ini dan pada masa yang sama mengimbau pemikiran serta perjuangan Pendeta Cikgu Ariff.

Kepada para guru yang dihormati, ‘Selamat Menyambut Hari Guru’.

Semoga kita semua dapat bertemu dan menimba ilmu bersama, termasuklah melalui kuliah umum Kursi MAS yang bakal diadakan pada 9 Oktober nanti.

Syarahan Perdana MAS II anjuran Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Asia NIE NTU, menampilkan Profesor Graf, sarjana terkemuka dalam Pengajian Asia Tenggara dan profesor pertama menyandang Kursi MAS dalam Pengajian Melayu di NIE NTU.

Beliau bakal menghuraikan peranan Pengajian Melayu sebagai jambatan budaya dan pemupuk perpaduan, berpaksikan warisan intelektual MAS.

Sila imbas kod QR di dalam poster atau langsung ke pautan pendaftaran yang dilanjutkan sehingga 20 September di https://forms.office.com/r/jzcsQHu471

Penulis ialah pensyarah di Bahagian Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Read the original article here

Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction. 

Please find the English translation for the article here:

Teachers’ Day, MAS’ Legacy: Honoring Knowledge, Bridging Generations

by: Dr. Roszalina Rawi

Every Teachers’ Day, we often hear words of gratitude for the educators who have taught us and our children with dedication. Teachers’ Day is also a moment for teachers themselves to reflect and re-examine the philosophy that has guided them as conveyors of knowledge. While flipping through thank-you cards and tidying up heartfelt gifts from students, every teacher surely recalls the bittersweet moments of their journey as an educator.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki.
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi

This classic pantun reminds us that learning pursued carelessly, without verifying the credibility of the teacher, produces only half-baked knowledge. The process of seeking guidance, especially for adults learning independently, must be done thoroughly. Learn from those who truly know. Seek those rich in authentic, trusted knowledge, and cherish every moment of learning.

As a tree must bear fruit, so too must a human life be of benefit.” These words by the late Pendeta Dr. Haji Muhammad Ariff Ahmad, fondly known as Cikgu Ariff, in the radio program Mestika Pusaka (1988), are apt for reflection on Teachers’ Day. The metaphor carries deep meaning: just as a good tree produces fruit that benefits others, so too should a human life bring service, kindness, and benefit to the community. These are the hallmarks of progressive thought in education exemplified by Cikgu Ariff. The true purpose of learning is not only personal success, but also preparing us to contribute to others, as part of our responsibility to share useful knowledge.

Cikgu Ariff rejected narrow views that Malay language and literature were merely nostalgic artifacts or ornamental relics. To him, knowledge was a tool for social transformation. He often reminded us that Malay language and literature must remain relevant to the times, even as their roots are preserved. His long journey as student, teacher, writer, cultural figure, and activist reflects the intellectual strength of a progressive Malay mind—wise, ambitious, ever hungry for knowledge, compassionate, and humble. After retiring as a teacher, he declared he would continue teaching as long as his mind remained sound. For him, a true teacher never stops teaching, because the vocation is a lifelong trust.

Preserving MAS’ Intellectual Legacy

The legacy of MAS (Muhammad Ariff Ahmad) lives on in many forms. His manuscripts and works are preserved at the MAS Resource and Research Centre in the National Institute of Education (NIE) Library. This collection includes his manuscripts, documents, books, photographs, and valuable personal artifacts. The MAS Endowment Scholarship, managed by NIE’s Malay Language and Culture division, is awarded to doctoral and master’s students in Malay language and culture. More recently, the establishment of the MAS Professorship in Malay Studies at NIE NTU marked a milestone in higher education, not only in Singapore but internationally. The professors holding this chair are recognized scholars in contemporary Malay studies.

On 9 October, NIE NTU will host Professor Arndt Graf, a leading scholar from Goethe University Frankfurt, as the inaugural holder of the MAS Professorship. He is among the last European scholars deeply committed to studying Malay language, culture, and literature. His visit is a significant recognition for Malay studies in Singapore. His public lecture, to be delivered on Thursday evening, 9 October, at The POD, National Library, from 5–7 pm, is a golden opportunity for the wider Malay community to engage with the field of Malay studies and to meet a distinguished scholar. Opening this lecture to the public aligns with Cikgu Ariff’s principle of lifelong learning—that every individual should always be encouraged to think and to seek knowledge.

Professor Graf’s lecture, “Preserving Heritage, Building the Future: Tracing the Role of Malay Studies as a Bridge for Communities through the Lens of MAS’ Thought”, honors the intellectual legacy of Cikgu Ariff. This event is not just an academic gathering but a symbol of continuity in the pursuit of knowledge about the Malay language, culture, and literature—heritage that is not merely local, but deserving of international attention. The appointment of Professor Graf as the inaugural MAS Professor affirms that Cikgu Ariff’s intellectual legacy lives on, across generations and beyond borders.

Teachers’ Day: Weaving Reflection, Sowing Hope

In the same spirit, Teachers’ Day should be seen as more than an annual occasion to thank our teachers. It is also a space for reflection on how much we, as members of the Malay community in Singapore, truly value the contributions of pioneering Malay educators such as the late Cikgu Muhammad Ariff Ahmad, the late Cikgu Suratman Markasan, the late Cikgu Mohamed Latiff Mohamed, Cikgu Sidek Saniff, Dr. Kamsiah Abdullah, Professor Emeritus Hadijah Rahmat, and many others. We must carry forward their legacy, to continue pursuing knowledge and to enjoy lifelong learning of Malay language, culture, and literature.

Crucially, remembering these figures should go beyond ceremonial praises. To truly continue their struggle, we must strengthen research, publications, and the empowerment of Malay studies at the international level. The knowledge pursued and developed is not only to distinguish truth from falsehood, but through it, our community will continue to be guided by wisdom, respected for its insights, and emulated by others.

The arrival of Professor Arndt Graf is an opportunity to celebrate this spirit of seeking knowledge together. Let us listen, engage, and learn from this eminent scholar, while also reflecting on the thought and struggle of Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad. To all respected teachers, I wish you a Happy Teachers’ Day and hope you find ample rest during the upcoming school break. May we all meet and learn together, including at the MAS Professorship public lecture to be held on 9 October.

Registration for Professor Arndt Graf’s public lecture is extended until 20 September at: https://forms.office.com/r/jzcsQHu471

Media coverage