Published on 26 Sep 2022

Murid perlu didedah kepada budaya dengan lebih kerap

Usaha ini bantu mereka lebih tertarik dengan keindahan bahasa, budaya Melayu

Dedication, commitment, and creativity. This is one of the main characteristics that stand out among the teachers nominated for the Arif Budiman Teacher Award (Agab) this year. A total of six candidates are featured in two categories this year, namely the Stimulator and Role Model category. Berita Harian interviewed Teacher Nor Shahila Mohammed from North View Primary School on why pupils need to be exposed to culture more often. This effort helps them to be more interested in the beauty of the Malay language and culture.


BERIKAN BANTUAN LEBIH MENYELURUH: Menurut Cikgu Nor Shahila Mohammed, sebagai guru, bantuan apa yang diberikan perlu lebih menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada bidang akademik sahaja - Foto AGAB

Soolan (S): Apakah antara cabaran yang Cikgu hadapi sewaktu mengajar Bahasa Melayu? Bagaimanakah Cikgu mengatasinya?

Jawapan (J): Cabaran utama saya adalah memastikan agar setiap murid saya dapat memahami bahasa Melayu tanpa saya perlu melakukan penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kita akur bahawa pada masa kini, lebih ramai murid yang Iebih selesa menggunakan bahasa Inggeris ketika bertutur. Walaupun mereka memahami bahasa Melayu, namun, apabila mereka ingin memberikan respons kepada saya, mereka pasti akan menggunakan bahasa

Inggeris terlebih dahulu. Keyakinan diri mereka untuk menggunakan bahasa Melayu secara spontan sangatlah rendah. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya peluang dan ruang yang didedahkan kepada mereka di luar konteks bilik darjah dengan terus menggunakan bahasa Melayu. 

Bagi menangani masalah ini, sekolah saya memastikan bahawa setiap murid mendapat peluang mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu di luar bilik darjah. 

Peluang-peluang ini disediakan agar murid dapat berlatih menggunakan bahasa Melayu mereka melalui program-program yang dianjurkan. Antara program yang dijalankan termasuk program 'Drama dan Pertuturan', mendeklamasikan sajak dan berpidato. Saya juga sering menggalakkan guru-guru di sekolah agar menyertakan murid dalam pertandingan seperti Cepat Tepat 2022 dan Pertandingan 'Skit Kesantunan Melayu Fiesta Kesantunan 2022 yang berlangsung di luar sekolah. Apabila murid mengambil bahagian dalam pertandingan seperti ini, mereka dapat melihat penggunaan Bahasa Melayu di luar bilik darjah serta menyedari kerelevanan bahasa Melayu pada masa kini.

S: Sebagai Penolong Ketua Tingkat, Cikgu perlu menangani masalah kedatangan pelajar yang tidak konsisten ke sekolah. Bolehkah Cikgu berkongsi dengan lebih lanjut tentang hal ini dengan menceritakan satu peristiwa yang tidak dapat Cikgu hupalcan?

J: Saya telah diberikan peluang oleh pihak sekolah menyandang jawatan sebagai Penolong Ketua Tingkat pada 2019. Sebagai guru yang hanya mempunyai pengalaman mengajar selama lima tahun pada ketika itu, saya amat berbesar hati apabila diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Semasa memegang jawatan tersebut, saya juga telah berpeluang membimbing murid bukan berbangsa Melayu. Saya yang harus membantu murid yang berumur tujuh dan lapan tahun, yang datang daripada keluarga bermasalah, sehingga menjejaskan prestasi mereka di sekolah. Pengalaman inilah yang menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai perasaan empati yang tinggi terhadap kesemua anak didik kita.

Saya pernah berdepan dengan peristiwa yang berlaku apabila saya harus membuat lawatan ke rumah seorang murid Darjah 2 kerana murid ini tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Apabila guru murid ini cuba menghubungi ibunya, ibunya tidak memberikan sebarang respons. Apabila kami tiba di sana, kami menyedari bahawa murid itu dan ibunya sebenarnya sedang menghadapi masalah keganasan rumah tangga. Saya telah bekerjasama dengan Ketua Tingkat untuk membantu keluarga tersebut. Setelah menerima bantuan, murid itu datang ke sekolah dengan lebih kerap. Pengalaman tersebut telah mengajar saya bahasa sebagai guru kita harus sentiasa peka dan ambil tahu tentang latar belakang dan keadaan kehidupan murid kita yang begitu rencam. Kita harus cepat bertindak untuk menghulurkan bantuan apabila perlu demi keselamatan dan kesejahteraan anak didik kita.

S: Bagaimanakah Cikgu memastikan bahawa murid-murid tertarik dan berminat terhadap bahasa dan budaya Melayu?

J: Keutamaan saya sebagai guru Bahasa Melayu adalah memastikan agar murid terus melihat kerelevanan bahasa Melayu dalam dunia masa kini. Apabila murid yakin bahawa bahasa Melayu ini masih relevan dan digunakan di luar bilik darjah, dengan sendirinya mereka akan menyedari peri pentingnya mereka mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu.

Oleh itu, pelajar harus diberikan pendedahan dan peluang menggunakan bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah. Mereka harus berpeluang mewakili sekolah dalam pertandingan yang berkaitan dengan bahasa Melayu bagi merancakkan lagi pembelajaran mereka dalam bahasa Melayu. Pendedahan terhadap budaya boleh dilakukan dengan lebih kerap agar murid menjadi sebati dengan bahasa dan budaya Melayu. Saya berpendapat guru juga harus sering membawa pelajar menyertai acara-acara budaya dan pementasan budaya. Pengalaman ini akan membuat murid lebih tertarik dengan keindahan bahasa dan budaya Melayu kerana mereka telah menyaksikan sendiri persembahan seni dan budaya itu.

Guru juga harus tahu akan trend semasa kerana perkara-perkara ini boleh digunakan sebagai bahan pengajaran yang dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jika murid tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, maka mereka akan mudah mendekati dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu.


BIODATA CALON ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Nama: Cikgu Nor Shahila Mohammed

Nama sekolah: Sekolah Rendah North View 

Kategori pencalonan: Perangsang

Cikgu Nor Shahila menamatkan program pendidikan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan meraih Diploma Pendidikan pada 2014.

Beliau kemudian berkhidmat di Sekolah Rendah North View sehingga hari ini.

Sejak tahun pertama mula mengajar, beliau telah meluangkan masa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains

Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dalam bidang Bahasa dan Kesusteraan dan berjaya meraih ijazah pada 2020.


Read the original article on Berita Harian.

 

Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction

Media coverage