Institusi pendidikan SG kongsi pendekatan inovatif serlahkan lagi potensi pelajar dengan delegasi antarabangsa
Assistant Professor Azilawati Jamaludin conducts research focusing on Learning Science to address challenges faced by at-risk students. She emphasizes the importance of technology in optimizing education, especially for students facing academic challenges due to socioeconomic status, learning difficulties, or challenging life experiences. Dr. Azilawati's research integrates technology, particularly digital games, into educational interventions tailored to students' needs. By leveraging technology and game-based interventions, she creates interactive learning experiences that engage and motivate students, particularly those with learning difficulties. Her research not only aims to improve academic outcomes but also enhances students' overall well-being. Additionally, Dr. Azilawati's work contributes to the professional development of teachers through programs like Brain Literacy for Educators and courses in Learning Digital Games and Educational Neuroscience, where she integrates neuroscience findings into pedagogical designs to overcome learning challenges. This interdisciplinary approach aims to bring transformative changes to education, fostering a more inclusive and equitable society.
SINGAPURA: Menggalak pelajar untuk berfikir secara kritis sambil mendalami isu-isu yang menjadi keprihatinan mereka.
Itulah antara kelebihan program 'Broadcast Journalism' atau Kewartawanan Penyiaran yang menjadi tumpuan Program Pembelajaran Gunaan (ALP) bagi Sekolah Menengah Deyi.
Ia merupakan antara sekolah-sekolah yang dikunjungi para delegasi semasa Sidang Puncak Antarabangsa ke-14 bagi Kerjaya Perguruan (ISTP).
Ini merupakan kali pertama Singapura menjadi tuan rumah bagi ITSP yang berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024.
Pendekatan baharu sebegini merupakan antara cara bagaimana sekolah-sekolah menyuntuk kesegaran dalam pendidikan sejajar dengan tema ITSP kali ini iaitu "Memikirkan Semula Pendidikan, Menyerlahkan Potensi".
"Para pelajar kami digalakkan untuk meneroka (cara-cara) berfikiran secara kritis dan memperjuangkan isu-isu yang penting kepada mereka. Sebagai contoh, kami ada para pelajar yang telah meneroka isu pembaziran makanan di sekolah. Ada juga yang telah meneroka isu kesan-kesan penggunaan media sosial yang berlebihan dalam kalangan para belia," kongsi guru kanan Sekolah Menengah Deyi, Cik Nur’ain Abidin kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
Di bawah program tersebut, Sekolah Menengah Deyi mempunyai tiga pendekatan untuk membina kemahiran-kemahiran media dan komunikasi abad ke-21 para pelajarnya.
Ini termasuk pendekatan menyeluruh sekolah dalam melengkapi para pelajar dengan kemahiran asas untuk penerbitan media dan kewartawanan dan menyepadukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam kurikulum Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda.
PEROLEH PELBAGAI KEMAHIRAN MEDIA DAN KOMUNIKASI
Para pelajar juga digalak untuk mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran mereka dalam media dan teknikal menerusi Kelab Wartawan Muda.
"Para pelajar dapat memperolehi kemahiran yang relevan seperti fotografi, videografi dan cara menyunting video menggunakan aplikasi seperti KineMaster. Mereka juga diajar cara-cara untuk membuat persiapan dan menjalankan temu bual supaya mereka mendapat pendapat yang berbeza daripada orang awam," ujar Cik Nur'ain.
"Kami telah mendapati bahawa ada pelajar kami yang telah memanfaatkan kebolehan mereka seperti ini untuk memasuki kursus pilihan mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IHL) seperti ke Politeknik dan Maktab Rendah," tambahnya.
Selain itu, program itu juga memberi peluang kepada para pelajar menampilkan daya kreativiti mereka.
"Mereka lebih yakin dan berkesan dengan cara penyampaian mereka dan mereka juga belajar cara-cara untuk bekerja secara kolaboratif untuk menyiapkan dan menghabiskan projek-projek mereka," tambahnya.
TEKNOLOGI PENDIDIKAN BANTU DALAM PENGAJARAN
Dalam pada itu, Cik Nur'ain yang sudah mengajar selama 17 tahun itu turut berkongsi bagaimana Teknologi Pendidikan (EdTech) sudah banyak membantu dalam proses pengajarannya.
"EdTech telah merancakkan cara saya mengajar di dalam kelas kerana ia memberi peluang bagi para pelajar saya untuk mengambil peranan yang lebih aktif. Jadi saya telah menggunakan kaedah seperti Google Jamboard, Padlet dan Nearpod untuk merancang pelajaran yang membolehkan para pelajar saya untuk mendalami pemahaman konsep-konsep mereka," kongsi guru Pengajian Sosial itu.
"Kaedah ini juga memudahkan perbincangan dalam kelas kerana ramai pelajar yang lebih yakin untuk berkongsi idea dan pendapat mereka melalui kaedah ini daripada dipanggil dalam kelas untuk berkongsi pengalaman mereka," tambahnya.
Beliau juga berharap latihan juga dapat diberikan supaya guru-guru boleh memanfaatkan teknologi sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada para pelajar.
"Satu cara yang kami boleh 'Reimagine Education' ialah untuk memikirkan cara-cara kami boleh mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran kami supaya ia dapat meningkatkan mutu pengajaran dan juga pembelajaran dalam kalangan anak murid kami," jelas Cik Nur'ain.
"Untuk melaksanakan ini, guru-guru harus diberikan peluang untuk mendapatkan latihan supaya kami lebih mahir dalam merancang bagaimana kami boleh menggunakan teknologi ini dalam pengajaran dan juga untuk berkomunikasi dengan para pelajar dan juga ibu bapa," tambahnya.
PERMAINAN DIGITAL UNTUK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Penolong Profesor Azilawati Jamaludin dari Institut Pendidikan Nasional (NIE), penggunaan teknologi didapati antara cara berkesan untuk mengoptimumkan pendidikan seseorang pelajar.
Dr Azilawati yang juga merupakan Penolong Pengarah Pusat dalam Potensi Manusia dan Terjemahan, Pembelajaran Sains dalam Pendidikan di Pejabat Penyelidikan Pendidikan menjelaskan bahawa penyelidikannya menumpukan kepada Sains Pembelajaran dengan penekanan khusus untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh pelajar berisiko.
Menurutnya, para pelajar berisiko itu sering hadapi cabaran dalam akademik atas sebab pelbagai faktor termasuk status sosioekonomi, cabaran pembelajaran khusus serta pengalaman hidup yang mencabar.
"Penyelidikan saya berusaha untuk mereka bentuk intervensi inovatif yang disesuaikan dengan keperluan mereka, dengan matlamat utama untuk mengoptimumkan hasil mereka yang merentasi pelbagai dimensi, bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kesejahteraan perjalanan hidup mereka," kongsi Dr Azilawati kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
"Saya melibatkan memanfaatkan potensi teknologi, di mana saya menyelidik permainan digital sebagai modaliti untuk pembangunan kemahiran. Permainan digital menawarkan platform yang dinamik dan menarik yang dapat menawan dan memberi motivasi kepada pelajar dengan berkesan, terutamanya mereka yang mungkin menghadapi masalah pembelajaran dengan pendekatan pendidikan tradisional," tambahnya.
INOVASI BERDASARKAN SAINS UNTUK BANTU GURU & PELAJAR
Beliau berkongsi bahawa dengan memanfaatkan intervensi yang berasaskan teknologi dan permainan itu, ia dapat mencipta pengalaman pembelajaran interaktif yang dapat memenuhi keperluan pelajar.
"Dengan menggabungkan hasil penyelidikan dari Sains Pembelajaran dengan pedagogi digital yang inovatif, kita dapat membuka jalan untuk perubahan 'transformative' dalam pendidikan dan menyumbang kepada masyarakat yang lebih inklusif dan saksama," ujar Dr Azilawati.
Penyelidikan Dr Azilawati itu juga membantu dalam pembangunan profesional para guru.
"Kami telah menubuhkan program Sains Pembelajaran untuk prasiswazah dan siswazah di peringkat sarjana dan PhD. Melalui program-program ini, ada disediakan kursus seperti Literasi Otak untuk Pendidik. Saya juga salurkan penyelidikan saya untuk membina pembangunan profesional para guru melalui kursus-kursus seperti Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital dan Neurosains Pendidikan," jelas Dr Azilawati.
"Saya menggunakan alat saintifik saraf untuk memahami bagaimana proses pembelajaran berlaku. Saya melihat perbezaan dalam sambungan otak atau 'Brain Functional Connectivity' sebelum dan selepas intervensi permainan digital. Dari sini, saya mengintegrasikan pemahaman neurosains ke dalam reka bentuk pedagogi, melalui cara melaksanakan permainan untuk mengatasi cabaran-cabaran pembelajaran yang dialami oleh pelajar," menurutnya lagi.
Delegasi ISTP yang melawat NIE dapat meneroka Pendidikan Guru untuk Abad Ke-21, Pembangunan Profesional dan Program Kepimpinan untuk Guru Dalam Perkhidmatan.
ISTP kali ini disertai 18 delegasi termasuk dari China, Finland dan Amerika Syarikat.
Read original article here.
Source: Berita Mediacorp © Mediacorp Pte Ltd. All rights reserved.