Published on 08 Jul 2021

Pupuk sikap ingin tahu, minda kreatif dalam jati diri pelajar

Berita Harian noted that six teachers were awarded the Outstanding Youth in Education Award (OYEA) at the virtual NTU-NIE Teachers' Investiture Ceremony on 7/7. The OYEA recognised young teachers for their passion and active involvement in youth development. Beside presenting awards to the award recipients, 2M/MOE Dr Maliki Osman who was the Guest-of-Honour at the ceremony also congratulated the 932 NTU-NIE graduands and advised them to embrace lifelong learning and the challenges of new global developments in complex issues, such as race relations and sexuality education, to better prepare Singapore's youth for the future. Two graduands, Siti Muliyanti Abdul Rahman and Muhammad Khairool Haque Abdul Kadir were interviewed by Berita Harian where they shared their teaching experiences, their achievements and challenges faced. 

MERAIH pengetahuan agar mempunyai kemahiran, ilmu dan kecelikan asas kekal penting dalam menangani cabaran masa depan.

Namun, pada masa yang sama, turut penting ialah mengimbangi tumpuan kepada aspek kemanusiaan semasa mendidik seseorang secara holistik, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.

"Jika perubahan dan ketidaktentuan merupakan satu kebiasaan, penyesuaian diri, kecerdasan dan semangat yang tidak mudah luntur mesti diraih.

"Jika AI (kecerdasan buatan) telah mula mencorak kehidupan dan interaksi kita, nilai yang tepat perlu menjadi asas kehidupan kita dan cara kita membuat keputusan dalam semua aspek kehidupan kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pengurniaan Guru-Guru Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang (NIE, NTU) yang diadakan buat kali kedua dalam talian.

Seramai 932 guru baru dan bekas guru kembali menyertai bidang pendidikan.

Sebanyak 36 guru menerima anugerah dengan sembilan menerima beberapa anugerah.

Antaranya, Cik Siti Muliyanti Abdul Rahman yang mengikuti program Sarjana Muda Sains (Pendidikan).

Beliau meraih dua anugerah - Hadiah Buku Majlis Olimpik Nasional Singapura (Arahan Pedagogi) dan Hadiah Buku Sukan Singapura (Sains Sukan).

Selain itu, enam guru juga diiktiraf sebagai penerima Anugerah Belia Cemerlang dalam Pendidikan 2021.

Dr Maliki juga telah menggariskan tiga aspek penting dalam usaha para guru melayari kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.

Sebagai guru, peranan utama bukan sahaja mengajar tetapi mencorak masa depan, selain memberi inspirasi kepada setiap pelajar yang mereka temui.

Dr Maliki melahirkan rasa gembiranya apabila mendapat tahu beberapa guru telah melakukan kerja kemasyarakatan meski sibuk dengan tugasan dan halangan akibat pandemik Covid-19.

Beliau menukil usaha yang dilakukan Cik Almira Farid, yang mengetuai bersama kumpulan 'Group Endeavours InServiceLearning' untuk menghasilkan buku dalam talian berjudul Where Did The People Go? untuk mengumpul dana bagi Persatuan Kanak-Kanak Singapura.

Selain itu, Dr Maliki berkata penting memupuk dalam diri pelajar agar mempunyai corak minda yang sedar akan keadaan sekitaran dan kebudayaan sekeliling, di dalam dan luar negeri.

Beliau menambah, isu seperti hubungan antara kaum, pendidikan seksual dan kesihatan mental belia akan menjadi cabaran baru bagi guru di dalam kelas.

"Kesediaan anda untuk mendakap cabaran ini dan memimpin pelajar sedang mereka mengemudi bidang baru ini akan memastikan kita dapat terus menawarkan kepada pelajar peluang terbaik untuk membangunkan karakter dan semangat kerakyatan mereka," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Maliki turut menekankan bahawa keinginan untuk mencari ilmu akan pastinya memberi kesan yang sama kepada pelajar, keinginan untuk mahu belajar sepanjang hayat.


AGAR SG KEKAL SEBAGAI MASYARAKAT KOHESIF, INKLUSIF

"Jika perubahan dan ketidaktentuan merupakan satu kebiasaan, penyesuaian diri, kecerdasan dan semangat yang tidak mudah luntur mesti diraih.

Jika AI (kecerdasan buatan) telah mula mencorak kehidupan dan interaksi kita, nilai yang tepat perlu menjadi asas kehidupan kita dan cara kita membuat keputusan dalam semua aspek kehidupan kita."

CABARAN BARU GURU

"Kesediaan anda untuk mendakap cabaran ini dan memimpin pelajar sedang mereka mengemudi bidang baru ini akan memastikan kita dapat terus menawarkan kepada pelajar peluang terbaik untuk membangunkan karakter dan semangat kerakyatan mereka."

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan.

Read the original article here

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction