Published on 05 Dec 2023

3 juara Anugerah Pena Emas ketengahkan isu masyarakat secara unik

Berita Harian featured the 2023 Golden Pen Awards (GPA) ceremony that was held on 2 December at The Arts House. Organized by Arts House Limited (AHL), with the support of the National Arts Council (NAC) and the collaboration of the Singapore Book Council (SBC), 44 outstanding writers were recognized, including Fadhli Rusydi Fadzil and Muhammad Khairool Haque Abdul Kadir who won first place for the Malay short story category. "One of the challenges faced in the process of writing this short story is to ensure that the content is not too didactic, while keeping the storyline organized and each part interlinked," said Khairool who is also a 31-year-old teacher. Fadhli, 24 years old, a final year student at Nanyang Technological University's National Institute of Education (NTU-NIE) majoring in Malay Studies and Education, created the story as a form of tribute to his late father who passed away in 2022.

Sikap rendah hati dalam menuntut ilmu terbukti menjadi kunci utama kejayaan bagi Mohamed Naguib Ngadnan dalam memenangi Anugerah Pena Emas untuk kali kedua baru-baru ini.

Pencipta karya dan guru sekolah menengah Bahasa Melayu, Naguib, 43 tahun, meraih tempat pertama dalam kategori puisi berjudul Butang, Velkro, Zip, Pin dan Tali Kasut.

Sajak ini menggali konsep rumit tentang individu yang mungkin tampak sebagai pahlawan, namun pada hakikatnya, mereka hanya berlagak tanpa mengambil tindakan nyata.

“Dengan kemenangan anugerah ini, saya sedar akan tanggungjawab saya untuk mendatangkan kesedaran tentang isu semasa kepada masyarakat melalui karya-karya saya dan sering cuba mempertingkatkan ilmu saya. Saya telah banyak mendapat nasihat dan bantuan daripada penulis hebat lain seperti Djohan Abdul Rahman, R Azmann A Rahman dan Farihan Bahron,” ujar beliau, penuh berterima kasih.

Yang menarik, Encik Naguib secara sengaja mengelak dari menggunakan tema alam semula jadi dalam puisinya, menunjukkan keinginannya untuk menjelajahi perspektif yang berbeza. Sebaliknya, beliau memilih tema pakaian untuk menggambarkan kehidupan dan perasaan manusia melalui objek harian biasa.

Majlis Anugerah Pena Emas (GPA) 2023 diadakan pada 2 Disember di The Arts House. Dianjurkan oleh Arts House Limited (AHL), dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan kerjasama Majlis Buku Singapura (SBC), 44 penulis cemerlang diiktiraf, termasuk Fadhli Rusydi Fadzil dan Muhammad Khairool Haque Abdul Kadir yang meraih tempat pertama untuk kategori cerpen bahasa Melayu.

Cerpen Fadhli, Tiket Pulang, mengenai isu ketagihan dadah, sementara cerpen Khairool, Alegori Anjing menyentuh tema trauma kehidupan dan stereotaip mengenai anjing.

“Salah satu cabaran yang dihadapi dalam proses penulisan cerpen ini adalah memastikan bahawa isinya tidak bersifat terlalu didaktik, sambil menjaga agar alur cerita tetap teratur dan setiap bahagian saling bertaut,” kata Khairool yang juga seorang guru berusia 31 tahun.

Fadhli, 24 tahun, mahasiswa tahun akhir di Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NTU-NIE) dalam jurusan Pengajian Melayu dan Pendidikan, mencipta cerita sebagai bentuk penghormatan kepada arwah ayahnya yang telah meninggal dunia pada 2022. Ceritanya mengisahkan tentang watak Julia, yang mencari ayahnya yang hilang untuk dijadikan wali.

“Cerita berakhir dengan harapan penulis, yang ingin memberikan Julia peluang untuk bertemu dengan ayahnya, sebagaimana saya juga berharap untuk sesaat lagi bersama arwah Ayah,” katanya.

Fadhli juga menyatakan keghairahannya untuk menyertai program pementoran anjuran GPA, yang diadakan buat julung kalinya untuk pemenang.

“Dengan bimbingan mereka, saya berharap dapat memperbaiki penulisan saya dan menyimpan hasrat untuk menulis kumpulan cerpen sulung saya dalam masa terdekat,” tambah beliau.

Penulis veteran Mohd Raman Daud, sebahagian daripada panel Cerpen Melayu, berkata:

“Kami melihat karya yang meneroka pelbagai isu baru yang terdiri daripada keadaan manusia kepada fiksyen sains. Ini menunjukkan bahawa penulis kita bersemangat untuk mengemukakan isu sosial, terutamanya dari perspektif falsafah dan global, yang sangat bernilai memandangkan kedudukan kita sebagai bandar yang menerima pengaruh dari seluruh dunia.”

“Dengan kemenangan anugerah ini, saya sedar akan tanggungjawab saya untuk mendatangkan kesedaran tentang isu semasa kepada masyarakat melalui karya-karya saya dan sering cuba mempertingkatkan ilmu saya. Saya telah banyak mendapat nasihat dan bantuan daripada penulis hebat lain seperti Djohan Abdul Rahman, R Azmann A Rahman dan Farihan Bahron.”

Mohamed Naguib Ngadnan, pemenang Anugerah Pena Emas bagi kategori puisi.

Read the original article here.

Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction. 

Media coverage